I am Shaklee Independent Distributor

I am Shaklee Independent Distributor

Monday, 20 October 2014

Oh! My Khasiat Omega

Assalamulaikum & Salam Sejahtera..

Semua orang suka ikankan? Ke ada yang tak suka ikan? Ishh pelik pulakla kan kalau tak suka ikan..Ikan bukan saja nikmat untuk dijadikan hidangan bersama nasi tapi ikan sendiri banyak khasiatnya. Tau tak ikan sebenarnya merupakan sumber kandungan asid lemak omega 3. Iyer omega 3. Omega 3 sangat membantu menurunkan risiko strok melalui tekanan darah dan kolestrol. Hasil kajian yang dijalankan, pengambilan ikan sebanyak 2-3 sajian seminggu cukup untuk menangkis serangan strok kerana kandungan asid lemak omega 3, vitamin D dan selenium. Sebab itulah kita digalakkan mengambil ikan speperti ikan salmon, ikan makarel, ikan kod dan ikan haring yang kaya dengan asid lemak omega 3.


Menyedari kepentingan omega 3, Shaklee turut mengeluarkan vitamin yang berasaskan asid lemak omega 3 iaitu Omega Guard. Omega Guard Shaklee adalah daripada minyak ikan terbaik dunia tau! Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan lauk sejuk seperti sardin, mackerel, hering, anchovies yang terdapat diperairan Jepun nun. Ia bukan dari hati  minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Kalau nak tahu Omega Guard ni merupakan minyak ikan paling tulen didunia. Dia ada rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

Kenapa ikan laut dalam?

Kajian menunjukkan orang Eskimo di Greenland,Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala orang Eskimo yang menetap di Amerika Utara yang bekerja sebagai pemburu yang menjadikan daging sebagai makanan utama mereka menghadapi banyak masalah kolestrol dan masalah yang berkaitan jantung. Ini kerana daging mempunyai banyak kolestrol dan berbahaya untuk kesihatan. 

Oleh kerana itulah, zaman sekarang ni, yang mana tabiat pemakanan  yang sangat tidak sihat  sangatlah digalakkan mengambil Omega Guard untuk mengurangkan risiko masalah jantung dan penyakit adik beradiknya yang lain. 



Penyelidikan jelas menunjukkan ikan air laut sejuk ni mengandungi asid lemak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang mampu menurunkan lemak dalam darah, menurunkan platlet darah dan merawat penyakit lelah. Sebab itulah Shaklee memilih ikan laut air sejuk untuk menghasilkan Omega Guard. Ohsemnya Omega Guard!

Siapa yang digalakkan mengambil Omega Guard?
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • kanak-kanak
  • Orang yang ada masalah berat badan
  • Pesakit darah tinggi/jantung/lelah


Banyaknya manfaat omega 3 ni kan? Sebab tu lah kita kena amalkan Omega Guard Shaklee ni. In shaa Allah akan membantu kita dalam menjaga kesihatan tubuh kita. Jom sama-sama amalkan.

<<Shaklee menawan hati?Berminat nak dapatkan produk Shaklee? Perlukan maklumat dan konsultasi? Hubungi saya yer!!>>

Nor Alia Iberahim
♥ sms/whatsApp: 017-6159012
♥ Emel : alia2502@yahoo.com
♥ Fb:  sila klik LIKE  www.facebook.com/Beautiful Life utk info terkini





Oh! Makanan Singkir Lemak Perut

Assalamulaikum & Salam Sejahtera..

Ramai yang tengah on diet sekarang kan? Termasukla makcik ni.hehe..Diet yang yuk je la tapi.hehe..Sila jangan tiru tau! Ramai yang mengadu bersenam dah buat constantly dah. Dan diet dah ikut penuh disiplin dah. Memang berat badan menurun  tapi tak tahula kat mana silapnya lemak pada perut ni masih lagi menebal. Susah bebenor nak kempis.Haisshhh!! Korang ada mengalami masalah macam ni tak? Kalau betul, meh baca info yang makcik dapat ni.

Sebenarnya jika kita mengalami masalah seperti diatas, terdapat beberapa sumber makanan yang dikatakan memberi manfaat untuk membakar lemak diperut pada kadar yang cepat. Lemak diperut okey!! 

Teh Hijau
Teh herba ini merupakan antara herba yang bagus untuk kecilkan perut dan kurangkan masalah radang dalam tubuh. Nak lagi best sila ganti dengan Teh hijau Shaklee aka Cinch Energy Tea Mix. Sangat bagus untuk yang berdiet kerana ia meningkatkan tenaga dan ketahanan badan. Ohsem!


Sumber makanan omega 3
Ada kajian yang menunjukkan individu yang mengamalkan diet yang menggunakan bahan lemak omega 3 yang tinggi berupaya mengecilkan perut dan menjadikan ia kelihatan lebih rata. Apa benda omega 3 ni?? Napa susah2 nak pikir? Ambil saja Omega Guard Shaklee. Yang mengandungi minyak ikan terbaik di dunia. Ohsem lagi!

Bawang putih
Bawang putih bertindak sebagai antibiotik semulajadi dan mengawal kandungan gula dalam darah. Jadi paras gula terkawal maka proses pembakaran lemak diperut dapat distabilkan. Bawang putih juga meningkatkan tahap metabolisme badan. Takkan nak makan bawang putih ketul2 tu kan? Garlic Shaklee kan ada. Senang sangat!


Tembikai
Buah tembikai akan membuatkan kita rasa kenyangdengan cepat. Jadi kita akan kurang rasa ingin makan. 

Epal dan Pisang
Membuatkan kita rasa kenyang kerana banyak bahan kalium didalamnya. Jadi akan mengurangkan keinginan untuk makan. Juga akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita.

Lepas ni bolehla cuba amalkan pemakanan yang makcik senaraikan tadi. Semua orang nak kurus secara sihat kan? Nak kurus bukan sebab yang lain tapi niat untuk mudah beribadat. Kalau dah perut naik nak rukuk pun susahkan? In shaa Allah niat yang baik Allah permudahkan. Untuk kesan yang lagi best, boleh digabungkan dengan Set Kurus Shaklee. Inshaa Allah berhasil. Cubalah!

<<Shaklee menawan hati? Berminat nak dapatkan produk Shaklee? Perlukan maklumat dan konsultasi? Hubungi saya yer!!>>

Nor Alia Iberahim
♥ sms/whatsApp: 017-6159012
♥ Emel : alia2502@yahoo.com
♥ Fb:  sila klik LIKE  www.facebook.com/Beautiful Life utk info terkini

Oh! Post UPSR Activity - Cooking Competition

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni Year 6 are having their Post UPSR Activity.It's Cooking Competiton!! They are cooking fried rice, dessert and drinks.  Early morning all of them are very busy collecting the fire woods abd bricks as they have to set up the fire to cook.No more stove for them!! Setting up the fire alone was very challenging. Hehe..They took around 1 hour to really set the fire.
Fuuuhhh!! Sweating and smelly just by setting up the fire..takde skill of life depa ni..mcm teacher dia jugak..hehhe..

And the cooking was on!! Ada yang bakar ayam. Ada yang goreng keropok. Macam2 skill ada. Ada yg letak minyak banyak sgtla..ada yang tak reti pegang pisau pun..haish la anak anakku..

Tapi cikgu yang jadi judges ni kejap2 tnya diorng dh basuh tangan belom. Dah basuh tangan belom..haha..cikgu takut sakit perut la..harap anak anak faham yer..

Time masak memasak ni memang seronok tapi time nak clear all the mess tu yang malasnya..Masa memasak nasi goreng sampaila ke desser punyala lama cikgu bagi..dr jam 830am sampai jam 1030am..haaa masakla sampai korang puas hati!! Hehe

Apapun congrats to the winner.  Okla nasi goreng korang. Siap ada grilled chicken lg..hehe..esok makcik kantin book untuk masak kat kantin plak..heheh..adiosss!!

Sunday, 19 October 2014

Oh! My Garlic

Assalamulaikum & Salam Sejahtera..

Manfaat Bawang Putih




Kita tahu bawang putih merupakan salah satu bahan yang penting dalam masakan. Takde bawang putih masakan jadi tak bestkan? Tapi tahukah kita bahawa bawang putih selain sangat berguna dalam masakan, ia merupakan makanan semulajadi yang mempunyai banyak manfaatnya.Bawang putih adalah agen antibiotik semulajadi yang sangat baik. Memang bau dia kureng sikit tapi takpe sebab manfaat dia banyak tau! 

  • Menyusu jadi lebih lama

Untuk ibu yang menyusu, selepas melahirkan anak, pemakanan bawang putih boleh memberi bayi minum susu dalam jangkawaktu  yang lama.Selain itu, bayi yang susah minum susu ibu akan jadi lebih tertarik untuk minum susu ibu.

  • Mengatasi jangkitan

Bawang putih mampu bertindak sebagai antibiotik semulajadi untuk meningkatkan sistem imun badan dan menghalang jangkitan penyakit seperti selsema, kulat, kuman dan virus. Ia juga bertindak sebagai antikulat untuk mengatasi jangkitan pada puting ibu yang menyusu dan pada mulut bayi.

  • Mengatasi masalah payudara bengkak

Pemakanan bawang putih mampu mengatasi masalah payudara tersumbat yang adakalanya boleh berlaku pada ibu menyusu. Selain itu, ibu perlukan rehat yang cukup dan minum banyak air masak.

  • Mencegah kanser

Bawang putih akan bertindak sebagai agen antioksida dengan membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser iaitu Nitrosamine.

Hebatkan bawang putih ni! Tapi sanggup tak kita telan bawang putih gitu jer?? Makcik tak sanggup tau!! Tak tau la kalau korang semua sanggup.huhu.Napa kita nak telan bawang putih gitu sedangkan ada yang lebih mudah. Jawapannya ialah Garlic Shaklee. Yang didatangkan dalam bentuk tablet. Kan senang gitu! Haishh!!

Garlic Shaklee dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik. Ia dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif. Kalau nak tahu tak semua tablet garlic dipasaran ada Allicin aktif tau. So kena check betul2 yer! Allicin aktif ni sebatian dari bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Shaklee menggunakan dwi teknologi untuk mengawal bau bawang putih. Jadi bila kita makan garlic ni kita takkan rasa garlic dan takkan bernafas bau garlic. Bestkan?

Setiap tablet garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih dan semestinya tiada perasa tiruan, pemanis atau bahan pengawet tambahan. Memang semulajadila!

Kalau anda pentingkan kesihatan diri anda, jom dapatkan Garlic  Shaklee sekarang. In ShaaAllah berbaloi baloi untuk kesihatan kita. Makcik dah guna dan puas hati. Makcik nak share la keberkesanannya dengan korang ni. Harap semua akan dapat manfaatnya.

<<Shaklee menawan hati? Berminat nak dapatkan produk Shaklee? Perlukan maklumat dan konsultasi? Hubungi saya yer!!>>

Nor Alia Iberahim
♥ sms/whatsApp: 017-6159012
♥ Emel : alia2502@yahoo.com
♥ Fb:  sila klik LIKE  www.facebook.com/Beautiful Life utk info terkini






Oh! My Testimonials of Garlic

Assalamulaikum & Salam Sejahtera..

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.Ia telah digunakan semenjak 510 SM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia. huh lama dah rupanya orang tahu kebaikan bawang putih ni.

Percaya tak hanya dengan pengambilan 2 tablet sehari akan membantu anda untuk dapatkan kesihatan yang baik?





Percaya tak dengan pengambilan 2 tablet 2-3 kali sehari akan mengurangkan tekanan darah tinggi, diabetes dan mengurangkan risiko sakit jantung?


Percaya tak dengan pengambilan 2 tablet 2-3 kali sehari bagus untuk rawatan kanser?


Percaya tak dengan pengambilan 2 tablet 2 kali sehari akan mengurangkan alergi, selsema dan radang?

Berikut ialah testimoni pengguna yang berpuas hati dengan Garlic Shaklee. 



Shaklee menawan hati? Berminat nak dapatkan produk Shaklee? Perlukan maklumat dan konsultasi? Hubungi saya yer!!

Nor Alia Iberahim
♥ sms/whatsApp: 017-6159012
♥ Emel : alia2502@yahoo.com
♥ Fb:  sila klik LIKE  www.facebook.com/Beautiful Life utk info terkini

Oh! My Benefit Garlic

Assalamulaikum & Salam Sejahtera..


Bawang putih menyanyi : Buai laju laju
                                         Sampai puncak sana
                                         Harap rezeki ku maju
                                         Berkahwin si anak raja!

Angan-angan tinggi menggunung Si Bawang Putih ni yer! Nak kawin dengan anak raja le plak. Haissh! Anak raja manala yang nak kat bawang putih ni. Dahla bau tak best!hehe.. Rasa pun kurengkan! Sian Si Bawang Putih ni..

Tapi dengan dwi teknologi Shaklee, tablet Garlic pun terhasil. Yang memang tak berbau dan takde rasa bawang putih pun tapi masih mengekalkan khasiat semulajadi bawang putih. Bestkan! Lepas ni confirm semua anak raja nak makan bawang putih Shaklee ni.hehe..

Manfaat Utama Garlic Shaklee 

  • Mengandungi Spearmint yang meningkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Antibiotik semulajadi dan selamat  dan menghalang penyakit berjangkit seperti selsema
  • Menghalang alergi dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit berkait sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi asma, selsema dan hepatitis
  • Meningkatkan sistem penghadamann dan mengurangkan masalah kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman
  • Menurunkan tekanan darah tinggi dan kadar kolestrol
  • Mengelakkan pertumbuhan sel kanser
  • Melambatkan proses penuaan
  • Penawar racun (detoxifier) yang melindungi badan dari pelbagai penyakit
  • Mengandungi Vitamin A, B, C, kalsium dan pottasium



Untuk memeliharan kesihatan dan kelihatan macho macam abg Aaron Aziz, makcik cadangkan pengambilan tablet garlic 2 tablet sehari (selepas makan). Selamat Bergarlic semua!

<<Shaklee menawan hati? Berminat nak dapatkan produk Shaklee? Perlukan maklumat dan konsultasi? Hubungi saya yer!!>>

Nor Alia Iberahim
♥ sms/whatsApp: 017-6159012
♥ Emel : alia2502@yahoo.com
♥ Fb:  sila klik LIKE  www.facebook.com/Beautiful Life utk info terkini



Saturday, 18 October 2014

Kenapa Kita Perlu Multivitamin?

Assalamulaikum & Salam Sejahtera..

Kita semua pasti selalu dengar orang sebut  multivitaminkan?? Tapi tau tak sebenarnya apa itu multivitamin? Menurut Pakar Diet Kanan, Pusat Perubatan Prince Court KL, Farah Diba Khan, multivitamin ialah kombinasi vitamin dalam bentuk tablet, kapsul, cecair dan suntikan. Menurut beliau, sebenarnya, pengambilan multivitamin tidak menjadi sesuatu yang penting kepada mereka yang mengambil pemakanan seimbang. Tetapi persoalannya ialah dengan gaya hidup zaman kini adakah anda percaya anda mengambil pemakanan seimbang?



Kalau makcik memang makcik tak jamin. Memang Malaysia merupakan syurga makanan tapi adakah makanan yang kita makan seimbang? Makanan yang kita makan setiap hari bukannya kita makan berdasarkan khasiatnya tapi lebih kepada rasa hati kita. Kita banyak makan diluar terutamanya bagi yang bekerja. Makanan diluar memang kita tahu banyak menggunakan perisa (MSG) dan garam yang berlebihan. Bila garam dan MSG berlebihan akan mendatangkan penyakit lain pula.


Makcik pula penggemar kopi. Kopi dan teh yang banyak juga tidak baik untuk kesihatan kerana ia mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta menjejaskan penyerapan vitamin dan mineral. Makanan segera pun makcik suka. Bukan makcik je suka tapi ramaila kawan-kawan makcik yang suka. Jadi bagaimana kita boleh katakan yang kita dah amalkan pemakanan seimbang? Memang tak la kan?? Oleh kerana itulah perlunya untuk kita mengambil multivitamin  dan makcik cadangkan Vitalea.

Kenapa Vita-Lea ?

Vita-Lea ialah multivitamin pertama dicipta didunia. Baca keratan majalah yang makcik paste ni :


Vita-Lea Shaklee mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran, buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disaran oleh RDA. Ia diformulasi secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea disalut dengan serbuk nutrisi sprirulina. Ia merupakan tablet vitamin yang paling pantas terlarut di dalam air dan juga tubuh manusia. Ia cuma mengambil masa 5 minit untuk larut dalam air. Mineral yang terkandung dalamnya juga mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.



Ia juga  menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk. Bestkan Vita-Lea Shaklee ni?? 



Shaklee menawan hati? Berminat nak dapatkan produk Shaklee? Perlukan maklumat dan konsultasi? Hubungi saya yer!!

Nor Alia Iberahim
♥ sms/whatsApp: 017-6159012
♥ Emel : alia2502@yahoo.com
♥ Fb:  sila klik LIKE  www.facebook.com/Beautiful Life utk info terkini