I am Shaklee Independent Distributor

I am Shaklee Independent Distributor

Saturday, 25 October 2014

Oh! Jom Singkir Stres

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Jom Singkir Stress


Stres boleh disebabkan oleh pelbagai sebab.  Namun jangan sampai stres yang dihadapi mengganggu kegiatan dan aktiviti seharian. Jom halau stres dengan beberapa cara berikut :
  • Dekatkan diri dengan Allah s.w.t. Paling utama jangan tinggalkan solat, banyakkan mengaji Al-Quran dan berzikir
  • Cari tempat sunyi, bertafakur dan bermuhasabah diri. Fikir setenang-tenangnya.
  • Bergaul dengan orang yang positif dan berada dalam persekitaran yang positif. Benda yang positif akan buatkan kita juga positif.
  • Bersihkan hati. Jangan ada perasaan hasad dengki, riak dan takbur
  • Berlapang dada. Ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
  • Nikmati buah beri biru. Konsentrasi antioksidannya menjadikan ia snek yang sihat dan membantu menyeimbangkan darah dalam tubuh.
  • Nikmati terapi warna - memanfaatkan warna-warna pelangi untuk kurangkan stres
  • Shopping - melegakan ketegangan perasaan
  • Pengubatan semulajadi seperti aromaterapi, homeopati dan kromoterapi
  • Accupressure - teknik urutan yang bertumpu pada titik tertentu pada tubuh. Berguna untuk kurangi rasa sakit, ketegangan dan kelelahan
  • Refleksologi - urutan pada tangan dan kaki yang melegakan ketegangan badan

Semoga memberi manfaat kepada kita! Selamat berkongsi!



No comments:

Post a Comment