Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pejam celik pejam celik rupanya dah 3 tahun dah melibatkan diri dalam bidang pendidikan. Semalam 20 Oktober 2014 genapla 3 tahun as pendidik. Alhamdulillah..syukur dengan perjalanan rezeki yang Allah aturkan. Walaupun memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia tapi Allah dah tentukan sebenarnya perjalanan saya ialah untuk menjadi seorang pendidik. Makcik sangat bersyukur!
Dulu makcik sambung matrikulasi di Terengganu. Pengalaman selama 1 tahun di Matrikulasi Fizik UKM di Sekolah Sultan Mahmud dulu sangat memorable. Sekarang bila lalu depan SESMA rasa nostalgia sangat. Tempat yang pertama sekali makcik belajar berjauhan dengan keluarga. Tempat di mana makcik jumpa mybff Farah Fadlina, Yati dan Hasliza. Tempat di mana makcik kena marah kaw kaw dengan warden asrama sebab tak tegangkan cadar dan tak gantung baju gaya asrama. Makcik takkan lupa semua tu!! Sounds funnykan! Kena marah sebab cadar tak tegang dan tak gantung baju gaya asrama! Haisshh mana la makcik tahu cara nak tegang katil versi asrama. First time kot dok asrama masa tu. memang nangis tak hengatla! Terus tepon umi nak balik! Malunya rasa kalau ingat balik. Tapi sekarang ni pun kalau lalu jer depan SESMA memang terus teringat memori tu..hehe.. Semoga warden asrama tu sihat sihat je.hehe.. Dah lama tak jumpa my matrixmate. Harap semuanya berjaya dalam kehidupan masing-masing.
Then makcik masuk UKM pada tahun 2000. Stay at Kolej Ibrahim Yaacob. Banyak sangat kenangan manis pahit masa kat UKM. Best sangat masa belajar dulu. Tak perlu pikir masalah apapun. Yang kena pikir ialah finished your assignment and sit for examination. Duit masuk jer. Bestnya!! Pastu dapat duit boleh enjoy sakan. Tengok wayangla, shoppingla. Handset masa dulu takder yang best mana pun. Still yang bulky jer. Tapi sapa yang ada 3210 rasa hebat dah tu.hehe..
Kenangan di Fakulti Kejuruteraan aka Kejut takkan dapat dilupakan. Budak Kejut adalah panggilan untuk students kejuteraan. Susah nak tengok dressed up with baju kurung or skirt. Most of us were comfortable in jeans and shirt.hehe..sempoi kononnya. Cafe Kejut and Tasik Kejut yang sangat dirindui. Masih sama tak?? Lama sangat dah tak ke UKM or Fakulti Kejut. Last pergi masa nak dapat signature lecture untuk apply master which was in 2009 kot. huhu..
Rindu sangat dengan kenangan masa kat UKM. Lepaking time with my bff Hanim, Isma, Shiza, Bol, Mc Na dalam bilik. Gossipping, shopping and eating together. Oh how I missed that moment!
Alhamdulillah after 5 years in UKM, everybody has succeeded in their life. And we rarely met after that.huhu..semuanya sibuk with their life. But luckily we have FB and watsapp so we still can connect with each other. Hopefully our friendship will remain forever..In shaa Allah.
Then I got my first job at Ovista in Serdang as an engineer. Seronoknya dapat pegang duit sendiri! Seronok dapat travel sana sini and met succesful people. Tapi jodoh dengan Ovista kejap je.Then tukar keje plak ke Applied Engineering. I gained a lot of knowledge there. Then tukar lagi ke Kelkon di Kelantan plak. Baper banyak tukar daaa!! Finally I was accepted to join the KPLI course at IPG KDRI in Terengganu. Yippie! Then my journey as a teacher has started. So grateful.
Walaupun perjalanan makcik bersimpang siur tapi makcik sangat bersyukur. Makcik berpeluang menimba ilmu dalam bidang kejuruteraan. Makcik dapat berjumpa dengan ramai orang hebat yang memberi pelbagai pengalaman untuk makcik. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Orang selalu tanya kenapa dari engineer tukar menjadi guru? Tak menyesal ke? Makcik senyum jer..hehe.. Bidang pendidikan menjadikan kita sentiasa sedar yang ramainya anak bangsa kita memerlukan pertolongan kita. Ramainya orang yang susah diluar sana. Dan ia merupakan satu kepuasan bila apa yang kita ajar nak murid kita faham dan ingat. Tapi kalau tak paham paham jugak tu yang buat makcik rasa geremmm jer. Kecik besar kecik besar je budak2 ni.hehe.. sebab tu la mengajar ni memerlukan kesabaran. Dan ia melatih kita menjadi lebih sabar especially dengan murid yang sedikit lemah. Tapi bila yang lemah pun jadi ok memang rasa puas hati sangat. Penat menjerit dalam kelas sampai hilang suara rasa berbaloi baloi. Fuhhh!! Menjadi guru juga mengajar makcik erti syukur dan lebih menghargai kehidupan kita. Kita berjumpa dengan pelbagai latar belakang anak murid. Ada yang bertuah dan ada yang kurang bernasib baik. Tu yang menyebabkan kita rasa syukur dengan apa yang kita ada dan rasa ingin membantu mereka yang kurang bernasib baik. Walau gaji tak mahal mana tapi kepuasan tu yang penting. In shaa Allah. Semoga Allah berikan makcik kesihatan yang baik untuk teruskan perjuangan dalam bidang pendidikan yang makin mencabar ini.
Selamat ulangtahun ke 3 dalam bidang pendidikan untuk makcik. Semoga ulang tahun ke 3 ini menjadi titik untuk makcik terus bersemangat dalam mengajar anak-anak bangsa kita. Amiin..To all my IPG KDRI June 2010 Intake, Happy 3rd Anniversary guys.. May your spirit in teaching sustains forever..Adiossss!
No comments:
Post a Comment