I am Shaklee Independent Distributor

I am Shaklee Independent Distributor

Thursday, 30 October 2014

Oh! Tips Elak Kecurian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hari ni makcik dikejutkan dengan berita sedih. Rumah jiran makcik dipecah  masuk. huhu.. abis diselongkar barang dalam bilik tidur. Tapi alhamdulillah diorang tak dapat apa2 pun. Kebetulannya jiran makcik ni balik umah mak dia sebab bersalin. So dia angkut la barang2 berharga sekali. Mujur la jugak.. tapi makcik pulak yang takut. Dahla adik selalu balik lambat dari keje. Cik abam pulak outstation.Terpaksala makcik buat2 berani.huhu..



Susahnya  sekarang ni. Semua tak selamat. Takutkan binatang berbisa, abis g tutup semua lubang yang ada dalam rumah. Pastu kalau nak elak kes pecah rumah macam mana pulak yer?

Sekarang ni kes pecah rumah ni makin menjadi jadi pulak. Apala nak jadi dengan Malaysia ni? Bila hidup terdesak, semua pun boleh jadi. Yang bekerja pun stress pikir kos sara hidup yang makin tinggi, apatah lagi yang tak bekerjakan??Macam-macam benda dah berlaku. Haishh..


Tips Elak Kecurian

  • jika terdengar bunyi air paip mengalir diluar rumah, jangan keluar untuk tutup paip air tu. Ini kerana ada kes yang mana pencuri dah tunggu diluar rumah dan bersedia untuk masuk.
  • jangan simpan barang kemas di bilik tidur utama. simpan ditempat yang paling tak disangka. cth di dapur.
  • bawa alarm kereta bersama semasa tidur. jika ada sesuatu yang mencurigakan bolehla ditekan button on off untuk takutkan pencuri
  • tekan button merah jika pencuri dah masuk dalam rumah
  • pastikan handphone berada disisi semasa kita tidur
  • senaraikan nombor telefon kecemasan. Cthnya  999
  • pastikan lampu garaj dan lampu belakang rumah sentiasa dipasang pada waktu malam tak kira kita ada dirumah atau pun takde
  • kalau kita cuti untuk tempoh yang lama, minta tolong jiran ambil surat2 kita untuk elak ketiadaan kita dihidu oleh pencuri.
  • simpan lampu suluh ditempat yang mudah dicapai
  • simpan kayu hoki atau kayu yang besar dibawah katil sebagai pelindung diri.
  • kalau kita tinggal berseorangan, kunci bilik tidur untuk keselamatan. Kalau ada anak perempuan, pastikan mereka kunci bilik tidur mereka.



Semoga perkongsian yang tak seberapa ini memberi manfaat untuk kita semua. Happy sharing you all! Semoga Allah pelihara kita semua dari perkara yang tidak diingini.. Amiin..


Nak tambah duit poket? Jom join Shaklee dengan saya!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Shaklee menawan hati? Berminat nak dapatkan produk Shaklee? Perlukan maklumat dan konsultasi? Hubungi saya yer!

Nor Alia Iberahim
♥ sms/whatsApp: 017-6159012
♥ Emel : alia2502@yahoo.com
♥ Fb:  sila klik LIKE  www.facebook.com/Beautiful Life utk info terkini




No comments:

Post a Comment